Thursday, 3 January 2013

NO COUPLE BEFORE NIKAH


       Assalammualaikum,,harini aku nak buka cerita sal hati..hati apa ekk  ? ?.hahaha..bukan hati ayam, hati kambing, hati lembu, hati pari, tapi hati aku,,aku nak luah perasaan aku..sebelum tu nak tanya korang nih? ..korang pernah bercinta tak a.k.a berkapel? mesti korang jawab pernah and then tak pernah kan..tapi purata pernah kapel lebih banyak daripada tak pernah kan..jujur aku pun pernah..aku pernah rasa perasaan rindu,sayang,cinta..semua ada..tahun lepas aku pernah ada kapel..and then kitaorang break..pastu aku suka someone..then blablablablabla..malas nak cerita,.biar aku simpan dalam hati jer..hihihihi

   
        Mesti korang pelik kan..apasal aku buka pasal kapel pulak ni ?.hahaha...senanya aku nak bagi tau korang ni lah salah satu azam baru aku..aku nak tukar pendirian aku..nak tau tak apa bende? aku taknak bercinta dengan mana-mana lelaki pun..okay..aku ulang sekali lagi...aku TAKNAK berCINTA dengan mana-mana lelaki lagi..cukup aku pernah kapel dulu-dulu...aku nak berubah..berubah jadi yang lebih baik..eh,kenapa tiba-tiba yar? ,.hmm,.aku taknak kapel dah,coz aku hanya berCINTA dengan orang yang bakal jadi imam aku,jadi suami kepada bakal anak-anak aku nanti..aku taknak ,bakal suami aku terima seorang bakal isteri yang dah bagi perasaan dan rasa sayangnya kat seorang lelaki yang bukan muhrimnya..aku TAKNAK..aku nak jadi seorang isteri yang baik, solehah kepada bakal suami aku nanti..

                          

           * Yang kat atas ni ..paling penting ...cari bakal suami yang akan bawa gi JANNAH *


         Hmmm,salah satu sebab aku berubah camni pulak..okay,, korang yang muslim tu mesti ada gi ceramah agama kan..kadang-kadang ada satu slot ceramah tu, berkaitan hubungan kapel. gernti korang tahu hukum kapel kan..honestly,dulu aku ambik ringan je perkara ni..bagi aku kapel tu buat kita happy sebab kita rasa disayangi..tapi kini, bila aku fikir balik. tu semua cinta monyet..bila kita kapel..first bercinta memang bahagia, tapi semakin lama kita akan bosan. then break., aku pernah macam tu . sungguh aku menyesal dengan apa yang aku pernah buat,.bila bermain dengan cinta monyet, kita macam games.. bila boring kita main games, tetiba kita suka main games tu..main-main.,pastu lepas beberapa hari,kita mulai bosan ..kita tukar games  lain..macam tu lah cinta monyet..kita suka dengan someone then.,bila dah bosan ajak break ,,pastu cari orang lain..

         Bagi aku,kita dah sakitkan hati seseorang..itu lah yang aku rasa sekarang ni..sebab tu berpendirian macam ni..aku taknak pendirian aku berubah..biarla orang kata kita tak laku. or orang laki tak pandang kita..tak kesahh..kini,aku rasa lebih baekk berCINTA LEPAS KAHWIN..dapat barakah, dapat pahala ,elak dosa..aku taknak la jadi macam dulu-dulu..sekarang aku dah besar,dah tahu mana yang baik dan buruk..aku taknak tanggung dosa.. okay,macam sekarang aku dah tahu hukum kapel. .H A R A M ..kalau aku masih terus menerus nak kapel , kan aku buat dosa..tiap hari buat zina kecil ..aku taknak family aku masuk neraka disebabkan aku buat zina kecil ni..even orang kata 'zina kecil je la,takpe pun' tapi setiap perkara yang kecil kalau dikumpul akn jadi banyak..so bertambah lah dosa..kadang-kadang zina kecil ni boleh jadi zina besar kalau iman kita tak kuat..terlampau mengikut perasaan dalam hati ni..syaitan bila-bila masa boleh hasut kita untuk buat dosa.waima,kita kata kita seorang beriman, selalu solat..tapi kalau nama nya nafsu kadang-kadang kita pun tak dapat kawal..

        Oleh itu,korang still nak kapel ke?hmm,aku tak halang korang cuma, aku harap korang jaga batas korang..kalau kapel pun takpayah la nak berpegang tangan, main cubit, main sentuh,. cukup orang kata pandang kejap je. hihihi..kalau boleh bawa la hubungan korang tu sampai ke akad nikah..lebih baik..elak dosa..now,aku taknak kapel sebelum kahwin..malas nak buat dosa..buat pahala lebih baik'



         Lebih baik aku study bersungguh-sungguh,.SPM kena buat sampai straight A's,,insyaAllah..kalau pass,sambung belajar sampai degree..insyaAllah,dapat result gempak, cari kerja, bagi duit dengan mak ayah..kumpul duit untuk hantar mak ayah gi Mekah, tunaikan haji..insyaAllah .. ^_^ pastu baru fikir nak nikah..Hmmm,kalau boleh aku nak berusaha mencari bakal suami yang baik,yang dapat terima keburukan,kelemahan aku,dan kebaikan aku seadanya,pastu dapat bimbimg keluarga aku ke JANNAH..tapi kalau mak ayah aku jodohkan aku dengan someone pun, okay gak,.sebab jodoh yang mak ayah tentukan akan berpanjangan dan boleh bawa kebahagiaan coz dapat restu keluarga,insyaAllah kalau Allah izinkan...aku tak kesahh..kalau tak dapat jodoh kat dunia pun..di Syurga Allah dah sediakan..sesungguh nya Allah Maha Adil..

Now,say ''NO COUPLE  BEFORE  AKAD''



 Kalau boleh ikut cara ni.. insyaAllah.. jom COUPLE dengan ALLAH

                      


p/s : aku update macam ni, untuk satu peringatan gak untuk aku..hihihi

Wasalam . . .

DAKAP SARAWAK 2012

             Assalammualaikum..okay korang ada tengok tak tajuk kat atas tu...korang gerenti tertanya-tanya apa bende DAKAP tu yer..ni aku nak kasi tau makna Dakap tu..D- DEKAD A-AKADEMIK K-KECEMERLANGAN A-ANAK-ANAK P- POLIS = DEKAD AKADEMIK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK POLIS....Kem ni untuk anak polis..aku salah seorang anak polis jugak,

             Apa-apa pun melalui program ni..yang diadakan pada 28/12/12 hingga 30/12/12..telah banyak mengajar aku..dari segi apa? dari segi mental aku, jiwa aku, semangat aku, kem ni memang terbaekk la.. dah lah pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah kendalikan kitaorang...memang banyak yang aku telah belajar dari kem ni..

            Masa kat sana kitaorang diajar bagaimana nak adakan komunikasi yang berkesan,.alang-alang ni..aku nak kongsikan jugak la untuk pembaca belog aku nih..


Komunikasi Transaksional 
  
    Dipelopori oleh Dr. Eric Berne . Beliau berpendapat manusia mempunyai kebolehan untuk mengubah perangai dan tingkahlaku melalui komunikasi..

Fokus

    Hubungan antara manusia dan memperbaiki hubungan dengan orang lain



1)  EGO PARENT [P]

  • Individu bertindak seperti IbuBapa  atau seperti pihak-pihak berkuasa yang pernah ditemui dalam hidup seperti guru dan majikan
  • Menentukan had, menjaga tradisi, menjaga disiplin dan menghukum
  • Memberi nasihat , bimbingan, mengkritik, mengawal dan mendidik
  • Membuat peraturan dan undang-undang tentang hidup yang mana boleh, tidak boleh, baik buruk,yang wajib, harus dan sebagainya..
Contoh ayat [P] :

 Mama : Aiman!!,,pegi masuk tido..dah lambat dah ni.esok nak sekolah..dah la kamu ni susah nak 
dikejutkan

2)  EGO ADULT [A]

  • Komunikasi matang 
  • Membantu pemilhan terbaik dari fakta atau maklumat
  • Merancang langkah-langkah dalam proses membuat keputusan
  • Ego Dewasa menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah konflik yang timbul di antara ego P dan ego C
Contoh ayat [A]

Mama : Aiman,anak mama..meh tido,.esok nak sekolah..aiman ni,dh la susah nak dikejut..tido yer,syg..


3) EGO CHILD [C]

Apa yang individu rasa dan lakukan semasa individu itu kanak-kanak dahulu.
  • Suka bermain,penyayang, bertenaga, mengikut
  • Kreatif, menentang atau memberontak, sopan, dan lain-lain
Contoh ayat [C]

Mama : Aiman,budak comel jom.gi tidur..kalau aiman tido awal..esok bila aiman balik sekolah mama bawak gi Mc.D..nak tak?jom tidur..*dukung aiman.


p/s: aku pun taktau betul ke tak dialog tu..tpi boleh kurang la..hehehe

     And then kat sana jugak kitaorang ada belajar pasal PERSONALITI MELALUI WARNA ...dan dari sini aku tahu kelemahan aku..dan aku cuba nak ubah sikap aku tu untuk jadi seorang yang berjaya..dan kejar cita-cita aku tu..even banyak kelemahan aku..

Jom Tengok :


EMAS :  ''PERATURAN''
  •  Boleh dipercayai
  • Keibubapaan
  • Bertanggungjawab
  • Ikut Peraturan
  • Adat resam
  • Tradisional
  • Sistematik

Hijau :  'FIKIRAN'

  • Berdasarkan teori
  • Ingin tahu
  • Kompleks
  • Falsafah
  • Panjang akal
  • Tenang
  • Sabar
  • Berpengetahuan luas

Jingga : ''KEBEBASAN''
  • Tidak suka peraturan
  • Adventures
  • Spontan
  • Gopoh tetapi bersemangat
  • Berani
  • Suka pertandingan
  • Suka aktiviti bahaya
  • Tetapi seronok
  • Berkemahiran

Biru : ''PERASAAN''

  • Romantis
  • Harmoni
  • Tulin
  • Kerjasama
  • Unik
  • Berseni
  • Empati
  • Setia

Melalui personaliti ni..aku dapat tahu macam diri aku sebenarnya..jujur aku memang lemah..tahun ni aku nak berubah jadi lebih baik..buangkan perasaan malu tu sikit,jika ingin berjaya..jujur,orang akan tengok aku jenis yang kuat,.tapi sebenarnya aku lemah..aku mudah nak nangis..aku mudah terasa..aku taknak dipandang lemah dimata orang lain lagi..aku nak berubah..siapa yang baca ni..korang saksi aku,okay.. peace ~



            ni video kitaorang..memang banyak kenangan kitaorang kat kem tu..aku takkan lupakan.. :')
     
Wasalam. . Bye  rindu korang sangat-sangat..


SHout