Thursday 3 January 2013

DAKAP SARAWAK 2012

             Assalammualaikum..okay korang ada tengok tak tajuk kat atas tu...korang gerenti tertanya-tanya apa bende DAKAP tu yer..ni aku nak kasi tau makna Dakap tu..D- DEKAD A-AKADEMIK K-KECEMERLANGAN A-ANAK-ANAK P- POLIS = DEKAD AKADEMIK KECEMERLANGAN ANAK-ANAK POLIS....Kem ni untuk anak polis..aku salah seorang anak polis jugak,

             Apa-apa pun melalui program ni..yang diadakan pada 28/12/12 hingga 30/12/12..telah banyak mengajar aku..dari segi apa? dari segi mental aku, jiwa aku, semangat aku, kem ni memang terbaekk la.. dah lah pensyarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang telah kendalikan kitaorang...memang banyak yang aku telah belajar dari kem ni..

            Masa kat sana kitaorang diajar bagaimana nak adakan komunikasi yang berkesan,.alang-alang ni..aku nak kongsikan jugak la untuk pembaca belog aku nih..


Komunikasi Transaksional 
  
    Dipelopori oleh Dr. Eric Berne . Beliau berpendapat manusia mempunyai kebolehan untuk mengubah perangai dan tingkahlaku melalui komunikasi..

Fokus

    Hubungan antara manusia dan memperbaiki hubungan dengan orang lain



1)  EGO PARENT [P]

  • Individu bertindak seperti IbuBapa  atau seperti pihak-pihak berkuasa yang pernah ditemui dalam hidup seperti guru dan majikan
  • Menentukan had, menjaga tradisi, menjaga disiplin dan menghukum
  • Memberi nasihat , bimbingan, mengkritik, mengawal dan mendidik
  • Membuat peraturan dan undang-undang tentang hidup yang mana boleh, tidak boleh, baik buruk,yang wajib, harus dan sebagainya..
Contoh ayat [P] :

 Mama : Aiman!!,,pegi masuk tido..dah lambat dah ni.esok nak sekolah..dah la kamu ni susah nak 
dikejutkan

2)  EGO ADULT [A]

  • Komunikasi matang 
  • Membantu pemilhan terbaik dari fakta atau maklumat
  • Merancang langkah-langkah dalam proses membuat keputusan
  • Ego Dewasa menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah konflik yang timbul di antara ego P dan ego C
Contoh ayat [A]

Mama : Aiman,anak mama..meh tido,.esok nak sekolah..aiman ni,dh la susah nak dikejut..tido yer,syg..


3) EGO CHILD [C]

Apa yang individu rasa dan lakukan semasa individu itu kanak-kanak dahulu.
  • Suka bermain,penyayang, bertenaga, mengikut
  • Kreatif, menentang atau memberontak, sopan, dan lain-lain
Contoh ayat [C]

Mama : Aiman,budak comel jom.gi tidur..kalau aiman tido awal..esok bila aiman balik sekolah mama bawak gi Mc.D..nak tak?jom tidur..*dukung aiman.


p/s: aku pun taktau betul ke tak dialog tu..tpi boleh kurang la..hehehe

     And then kat sana jugak kitaorang ada belajar pasal PERSONALITI MELALUI WARNA ...dan dari sini aku tahu kelemahan aku..dan aku cuba nak ubah sikap aku tu untuk jadi seorang yang berjaya..dan kejar cita-cita aku tu..even banyak kelemahan aku..

Jom Tengok :


EMAS :  ''PERATURAN''
  •  Boleh dipercayai
  • Keibubapaan
  • Bertanggungjawab
  • Ikut Peraturan
  • Adat resam
  • Tradisional
  • Sistematik

Hijau :  'FIKIRAN'

  • Berdasarkan teori
  • Ingin tahu
  • Kompleks
  • Falsafah
  • Panjang akal
  • Tenang
  • Sabar
  • Berpengetahuan luas

Jingga : ''KEBEBASAN''
  • Tidak suka peraturan
  • Adventures
  • Spontan
  • Gopoh tetapi bersemangat
  • Berani
  • Suka pertandingan
  • Suka aktiviti bahaya
  • Tetapi seronok
  • Berkemahiran

Biru : ''PERASAAN''

  • Romantis
  • Harmoni
  • Tulin
  • Kerjasama
  • Unik
  • Berseni
  • Empati
  • Setia

Melalui personaliti ni..aku dapat tahu macam diri aku sebenarnya..jujur aku memang lemah..tahun ni aku nak berubah jadi lebih baik..buangkan perasaan malu tu sikit,jika ingin berjaya..jujur,orang akan tengok aku jenis yang kuat,.tapi sebenarnya aku lemah..aku mudah nak nangis..aku mudah terasa..aku taknak dipandang lemah dimata orang lain lagi..aku nak berubah..siapa yang baca ni..korang saksi aku,okay.. peace ~



            ni video kitaorang..memang banyak kenangan kitaorang kat kem tu..aku takkan lupakan.. :')
     
Wasalam. . Bye  rindu korang sangat-sangat..

No comments:

Post a Comment


SHout