Wednesday 26 December 2012

KIAMAT 2012 ???


          Assalammualaikum....lama ekk..aku dah tak menghupdate belog nih..bila aku hitung hari..rupa-rupa nya dah hampir 7 bulan aku tak update belog..giler lama tu..korang gerenti pelik..ke mana aku pergi dalam masa 7 bulan tu...hahaha...Aku tak gi mana-mana pun..akibat kemalasan,keletihan,kepenatan dan kestressan aku,memaksa aku menghilangkan diri dari dunia blogger..mana taknya..balik asrama terus nak rehat dalam bilik,atas katil tido..hehehe..takde masa nak online la...tengok,masa cuti sekolah ni pun aku takde masa.. 

       Seriusly,,dah berhabuk la belog aku ni..hehehe...relax la,.tengok-tengok kini aku dah menghupdatekan belog  yang aku sayang ni..okay,korang aku nak cerita sal apa yer? hmm...ow,baru aku ingat,,korang ingat tak pasal 21/12/2012 pasal orang kat serata dunia ni heboh pikir Kiamat akan berlaku haritu...gerenti korang tahukan..bila aku pikir balik..aku memang tak percaya kiamat akan berlaku haritu..sebab apa,memang la kiamat akan berlaku pada hari Jumaat..tetapi,cuba korang fikir,.bila berlaku nya kiamat,kita semua takkan tahu masa nya..kita takkan tahu macam mana bentuk rupa kiamat tersebut..Kalau korang tengok filem 2012 tu pun..kejadian kiamat kemungkinan tidak seperti tu..


                           

Cuba baca maklumat kat bawah ni :

Kalender Maya Kiamat 2012

Kaum Maya ialah sebuah puak yang hidup di zaman mesopotamia di Colombia. Kaum Maya mempunyai kehebatan di dalam kesenian, pembangunan, matematik dan astronomi. Salah satu bukti kehebatan mereka yang diketahui ramai ialah kalender mereka.

KALENDER PUAK MAYA

Puak Maya
Kalender puak Maya ialah satu kalender yang sangat panjang. Berbanding kalender biasa yang mempunyai 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari pada tahun lompat, satu putaran lengkap Kalender Maya bersamaan dengan   23,040,000,000  hari atau   63,123,288  tahun.

Macam mana ia dikira ?

Sebutan di dalam Kalender Maya ;

Hari sebagai Kin
20 Kin menjadi Winal - 20 hari
18 Winal menjadi Tun - 360 hari (hampir setahun)
20 Tun menjadi K'atun - 20 tahun
20 K'atun menjadi B'ak'tun - 144,000 hari atau 394.26 tahun
20 B'ak'tun - Pictun. - 2,880,000 hari atau 7885 tahun.
#rujuk sumber rujukan

Puak Maya mula mengira kalender mereka semenjak mereka sedar mereka ialah ciptaan terakhir. Bagi mereka, manusia dicipta dalam 4 generasi. 3 generasi pertama telah dimusnahkan, dan tuhan(tuhan mereka) telah menciptakan mereka untuk generasi yang terakhir.

Saintis telah mengira kembali tarikh ciptaan terakhir generasi ke 3 dimusnahkan iaitu pada 11 Ogos 3114 S.M. (sebelum masihi, B.C.), dan ia juga permulaan tarikh baru dalam Kalender Maya iaitu 12.0.0.0.1 bersamaan dengan 1 Kin / 0 Winal / 0 Tun / 0 K'atun / 12 B'ak'tun.

Pada 21.12.2012, sistem Kalender Maya akan berubah kepada B'ak'tun yang seterusnya menjadi 13.0.0.0.0. # Dikatakan ini ialah fasa terakhir di dalam Kalender Maya, saya tiada maklumat tentang ini.

Manakala untuk 20 B'ak'tun berubah menjadi 1 Pictun iaitu 1.0.0.0.0.0 ialah pada tarikh 13 Oktober 4772.


 

KIAMAT TERJADI PADA 12 DESEMBER 2012 ?

Seperti yang saya sebutkan di atas, pertukaran ke B'ak'tun seterusnya ialah pada tarikh tersebut. 13.0.0.0.0 ialah penamat tarikh untuk generasi ke-4 dalam kepercayaan Puak Maya. 

Dikatakan pada tarikh inilah Planet X atau Planet Nibiru akan mengganggu sistem graviti Bumi berikutan sistem magnetic yang kuat daripada planet tersebut.
Kiamat ?
Tetapi, apa yang terjadi pada pertukaran B'ak'tun sebelum ini ? Iaitu yang paling terdekat 12.0.0.0.0 ? Kamu tahu apa yang terjadi ?

12.0.0.0.0 bersamaan dengan 11 Ogos 3114 S.M tiada apa pun perkara yang dasyat terjadi mahupun kelahiran bintang terkenal.
#rujuk sumber rujukan

Rasanya, mungkin ada saintis yang mabuk telah mereka-reka cerita, dan kemudian pihak media menggunakan kesempatan tersebut untuk mengaut keuntungan. 

p/s:copy&paste


        Korang fahamkan..kenapa perlu percaya dengan orang-orang yang tak beriman dengan Allah ni..Sampai sanggup bersedia nak lari dari kiamat..kenyataan nya..Kiamat kita lansung tak dapat lari dari nya..kita menyorok bawah tanah pun..kita takkan dapat lari dari Kiamat Allah..memang itu satu kenyataan ..Itu memang janji Allah..Kiamat memang akan berlaku..tetapi semua tu hanya Allah yang tahu bila..kita cuma di beritahu atau dicerita bila akan berlaku..selepas kejadian apa kiamat akan berlaku..tapi kita tak tahu bila..Oleh itu,kita perlu bersedia..bukan nya bersedia untuk lari dari Allah..Tapi bersedia berdepan dengan Allah..bersedia untuk diHisab oleh Allah..

         Cuba korang fikir.,korang dah bersedia ke,bertemu dengan Allah?..banyak ke amalan baik yang korang dah buat kat dunia yang sementara ni?Ingat tak korang dengan Allah masa ni?Jujur aku katakan..aku memang jahil pada suatu ketika dulu..namun kini,aku cuba untuk berubah,,aku berubah demi Allah..Korang taknak berubah ke?takkan nak jadi orang sama jer?KENAPA TAKNAK BERUBAH JADI ORANG BAIK KE?korang nak mati dalam IMAN atau mati dalam kejahilan diri tanpa isi dada dengan ilmu Akhirat..yang boleh bantu kita kat Akhirat kelak.

 #Aku harap korang renung-renungkan apa yang aku cuba katakan ni..ambil iktibar,pengajaran..dan cubalah untuk berubah.. ^_^


Ni ada salah satu info yang aku dapat dan nak kongsi dengan korang..dan satu peringatan juga untuk diri aku sendiri :

Tanda-tanda besar hari kiamat menurut AGAMA ISLAM

Tanda-tanda Kiamat menurut agama Islam merupakan suatu petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya Hari Kiamat. Bermula dengan tanda-tanda kecil dan kemudian disusuli dengan tanda-tanda besar.

Tanda-tanda besar

  • Hijaunya bumi arafah.
  • Lahirnya ramai anak anak zina dari perkahwinan tidak sah @perceraian tidak diluluskan mahkamah.
  • Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.(Komputer?)
  • Keluar asap tebal dibumi hijaz.(Perang iraq-kuwait 1990)
  • Munculnya nabi palsu yang ke 40.(sekarang sudah 38 orang)
  • Diangkat al-Quran dan Ilmu addin dari manusia.( pertamanya ilmu faraid)
  • Berlaku perang besar dikawasan kaukasus ( israel-turki-eropah-russia)
  • Runtuhnya Ka’abah diserang oleh orang habshah (sudan-etophia-eriteria.  )laut merah kering.
  • 3 kali gempa bumi, (bom nuklear) sekali di timur (Korea utara), sekali di barat(USA), ketiga di Semenanjung Arab.(oleh tentera New World Order)
  • Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.(Gog & Magog) memakan mayat mayat perang.
  • Bermulalah kekuasaan Dajjal.
  • Munculnya Imam Mahdi.
  • Turunnya Nabi Isa a.s.dan azannya mematikan yakjuj makjuj.
  • Matahari terbit dari ufuk barat.
  • Terdengar tiupan sangkakala pertama

P/S :  Tanda-tanda kecil banyak sangat dah berlaku pun . ? Jadi….tepuk dada tanya selera …Renung-renungkan..



*apa yang aku tulis untuk peringatan untuk diri sendiri dan sesiapa yang baca belog aku ni..maaf kalau ada yang terasa.. 

Wasalam..

No comments:

Post a Comment


SHout